Thursday, 26 July 2018
Kuih Nekbat
Kuih Nekbat
- Apakah nekbat?
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.
cr :ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat?
- Resepi Nekbat Sira (resepi aku sensorang makan)
daun pandan 1-2 helai helai
bunga cengkih 2-3 kuntum
gula
air
nekbat mentah (boleh dibeli di pasar)
cara-cara :
- masukkan daun pandan, bunga cengkih, gula, dan air dan didihkan. (kuantiti gula dan air tu ikut suka hati, kalau nak manis, taruk banyak sikit)
- setelah mendidih, masukkan nekbat mentah tersebut (tanpa perlu dibasuh) kedalam sebatian diatas. tunggu hingga masak nekbat itu tadi, (nekbat menjadi kembang, tukar warna kekuningan). sedia dihidangkan.
p/s - kuantiti itu ikut suka hati penyedia. ini hanyalah cara aku buat nekbat. sebab aku suka manis, aku biasanya taruk gula sesenduk, dan air 3/4 cawan air.
selamat mencuba.